Logo Sekolah Kebangsaan Taman Tampoi Utama
Bentuk :
Tiga bentuk bujur & abstrak potong bulan
Melambangkan semangat kerjasama antara guru dan pelajar dalam menunjukkan pengembelengan tenaga antara guru dan pelajar di dalam mencapai kejayaan visi dan misi pendidikan yang ditetapkan.
Buku
Merupakan sumber ilmu di sekolah yang melambangkan tempat untuk menimba ilmu pengetahuan.
Warna :
Merah
Melambangkan keberanian dan tegas di dalam menghadapi cabaran dan perubahan dalam arena pendidikan secara positif.
Kuning :
Melambangkan cahaya pendidikan yang menyinari kehidupan secara berterusan dan melambangkan keunggulan pendidikan dalam kehidupan.
Biru :
Melambangkan perpaduan yang harmonis di dalam institusi dan masyarakat.
Putih :
Melambangkan kesucian rohani dan jalinan yang melahirkan keikhlasan, kejujuran dan sifat-sifat terpuji di dalam segala aktiviti pelajar dan guru.
Cogankata : Tekun Tabah Usaha
Sejarah Sekolah Kebangsaan Taman Tampoi Utama
LOKASI / KEDUDUKAN
Sekolah ini terletak di kawasan Taman Tampoi Utama dan Taman Tampoi
Indah. Jaraknya lebih kurang 13 km dari
pusat bandar Johor Bahru, 3 km dari Skudai dan 5 km dari susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan . Berhadapan dengan Kemayan City
dan berhampiran KIPMART. Sekolah-sekolah
yang berhampiran dengan sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Perumahan Tampoi
(1), Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Mewah, Sekolah Kebangsaan Kampung Pasir,
Sekolah Kebangsaan Sri Perling (2), Sekolah Kebangsaan Taman Perling, Sekolah
Kebangsaan Taman Tun Aminah dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kuo-Kuang (2).
Laluan masuk ke sekolah ini dengan menyusur keluar lebuhraya Skudai
ke Taman Tampoi Indah (berhampiran stesen minyak Shell Taman Tampoi Indah) atau
melalui Taman Perling dan berpandukan papan tanda Taman Tampoi Indah.
MAKLUMAT PELAJAR
Sekolah Kebangsaan Perumahan Tampoi (1) merupakan ‘feeder school’
bagi sekolah ini. Manakala tiga (3) buah sekolah berhampiran telah memindahkan
pelajarnya ke Sekolah Kebangsaan Taman Tampoi
Utama. Sekolah-sekolah tersebut ialah
SEKOLAH KEBANGSAAN
KAMPUNG PASIR
SEKOLAH KEBANGSAAN
TAMAN PERLING 1
SEKOLAH KEBANGSAAN
SERI PERLING 2
Seramai 280 orang murid dari ketiga-tiga buah sekolah tersebut
telah disenaraikan untuk di tempatkan di Sekolah Kebangsaan Taman Tampoi Utama
dan telah mendaftar pada 11
Jun, 2004 (Jumaat).
Penempatan pelajar ini adalah dari Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 dan
Tahun 4 sahaja.
Tinjauan dan bancian telah dibuat di beberapa buah sekolah yang
berhampiran bagi penempatan pelajar ke Sekolah Kebangsaan Taman Tampoi Utama
sebagaimana Lampiran 1.
TAMAN PERUMAHAN PELAJAR YANG BERHAMPIRAN DENGAN
SEKOLAH KEBANGSAAN
TAMAN TAMPOI UTAMA
TAMAN TAMPOI UTAMA
TAMAN TAMPOI INDAH
PANGSAPURI VILLA ROSE
PANGSAPURI SRI KENARI
PANGSAPURI SRI WANGI
PANGSAPURI LILY JASMINE
RUMAH PANGSA SRI INDAH
RIVER RIA COND. VILLA
BEACH
MAKLUMAT GURU /
STAF SOKONGAN
1. Enrolmen pelajar.
DARJAH
|
BIL PELAJAR
|
BIL KELAS
|
1
|
81
|
2 buah
|
2
|
64
|
2 buah
|
3
|
58
|
2 buah
|
4
|
78
|
2 buah
|
JUMLAH
|
280
|
8 BUAH
|
2. Bilangan guru yang ada ialah 8 buah kelas x
1.5 =
12 orang guru
3. Staf sokongan yang ada
ialah :
JUMLAH
KAKITANGAN BUKAN AKADEMIK (orang)
|
JAWATAN
|
1
|
PEMBANTU TADBIR
N9
|
1
|
PRA R11
|
2
|
PENGAWAL
KESELAMATAN
|
4. Jumlah sebenar guru yang
ada ialah
JUMLAH
KAKITANGAN AKADEMIK (orang)
|
JAWATAN
|
1
|
GURU BESAR
|
1
|
GURU HEM
|
1
|
GURU MEDIA
|
1
|
GURU BIMBINGAN
& KAUNSELING
|
1
|
GURU PEMULIHAN
|
12
|
8 BUAH KELAS X
1.5
|
17
|
JUMLAH
|
5. Guru mengikut opsyen ialah
Bil
|
Opsyen
|
Keperluan Guru
|
Guru terlatih yang ada
|
Guru kontrak
|
Guru KDC
|
Catatan
|
1
|
Pengajian Melayu
|
4 Orang
|
||||
2
|
Pengajian Inggeris
|
5 Orang
|
||||
3
|
Pengajian Matematik
|
2 Orang
|
||||
4
|
Pengajian Sains
|
1 Orang
|
||||
5
|
Pengajian Agama Islam
|
1 Orang
|
||||
6
|
Pengajian Seni
|
* Orang
|
||||
7
|
Pengajian Muzik
|
* Orang
|
||||
8
|
Kajian Tempatan
|
* Orang
|
||||
9
|
Kemahiran Hidup
|
* Orang
|
||||
10
|
Pendidikan Jasmani
|
* Orang
|
||||
JUMLAH
|
* Orang
|
|||||
Guru Besar
|
1 Orang
|
|||||
GPK 1
|
1 Orang
|
|||||
GPK HEM
|
1 Orang
|
|||||
GPK Koko
|
1 Orang
|
|||||
Guru Media
|
* Orang
|
|||||
Guru Pemulihan
|
* Orang
|
|||||
Guru Bimbingan
|
* Orang
|
|||||
JUMLAH
|
* Orang
|
·
Akan
ditentukan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Johor Baru.
PERASMI
PENGOPERASIAN
SEKOLAH KEBANGSAAN
TAMAN TAMPOI UTAMA
JOHOR BAHRU, JOHOR
Sekolah Kebangsaan Taman Tampoi Utama telah dirasmikan oleh Encik
Mohamed bin Mohd. Nasir, wakil Pengarah Pelajaran Johor pada 14 Jun 2004 (Isnin).
LAGU SEKOLAH
Sekolah Tampoi Utama
Sekolah yang kucinta
Jadi tumpuan seluruh warga
Untuk mencapai cita
Tekun Tabah Usaha
Itulah amalan kita
Hormati guru ibubapa
Jadi insan mulia
Disini kami berjanji
Menyemai Ilmu yang murni
Menggapai wawasan suci
Untuk ibu pertiwi
Disini kami berdiri
Jasamu pahat dihati
Bersatu bangsa sejati