VISI SK TAMAN TAMPOI UTAMA

SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

MISI SK TAMAN TAMPOI UTAMA

MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI

KEUNGGULAN SK TAMAN TAMPOI UTAMA

KECERIAAN BILIK DARJAH, BILIK KHAS, SURAU & TANDAS.

Sejarah


Logo Sekolah Kebangsaan Taman Tampoi Utama





Bentuk :
Tiga bentuk bujur & abstrak potong bulan
Melambangkan semangat kerjasama antara guru dan pelajar dalam menunjukkan pengembelengan tenaga antara guru dan pelajar di dalam mencapai kejayaan visi dan misi pendidikan yang ditetapkan.



Buku
Merupakan sumber ilmu di sekolah yang melambangkan tempat untuk menimba ilmu pengetahuan.


Warna :
Merah
Melambangkan keberanian dan tegas di dalam menghadapi cabaran dan perubahan dalam arena pendidikan secara positif.


Kuning :
Melambangkan cahaya pendidikan yang menyinari kehidupan secara berterusan dan melambangkan keunggulan pendidikan dalam kehidupan.

Biru :
Melambangkan perpaduan yang harmonis di dalam institusi dan masyarakat.

Putih :
Melambangkan kesucian rohani dan jalinan yang melahirkan keikhlasan, kejujuran dan sifat-sifat terpuji di dalam segala aktiviti pelajar dan guru.


Cogankata : Tekun Tabah Usaha


Sejarah Sekolah Kebangsaan Taman Tampoi Utama

LOKASI / KEDUDUKAN

Sekolah ini terletak di kawasan Taman Tampoi Utama dan Taman Tampoi Indah.  Jaraknya lebih kurang 13 km dari pusat bandar Johor Bahru, 3 km dari Skudai dan 5 km dari susur keluar  ke Lebuhraya Utara Selatan .  Berhadapan dengan Kemayan City dan berhampiran KIPMART.  Sekolah-sekolah yang berhampiran dengan sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Perumahan Tampoi (1), Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Mewah, Sekolah Kebangsaan Kampung Pasir, Sekolah Kebangsaan Sri Perling (2), Sekolah Kebangsaan Taman Perling, Sekolah Kebangsaan Taman Tun Aminah dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kuo-Kuang (2).
Laluan masuk ke sekolah ini dengan menyusur keluar lebuhraya Skudai ke Taman Tampoi Indah (berhampiran stesen minyak Shell Taman Tampoi Indah) atau melalui Taman Perling dan berpandukan papan tanda Taman Tampoi Indah.

MAKLUMAT PELAJAR

Sekolah Kebangsaan Perumahan Tampoi (1) merupakan ‘feeder school’ bagi sekolah ini. Manakala tiga (3) buah sekolah berhampiran telah memindahkan pelajarnya  ke Sekolah Kebangsaan Taman Tampoi Utama.  Sekolah-sekolah tersebut ialah

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG PASIR
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PERLING 1
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PERLING 2

Seramai 280 orang murid dari ketiga-tiga buah sekolah tersebut telah disenaraikan untuk di tempatkan di Sekolah Kebangsaan Taman Tampoi Utama dan telah mendaftar pada 11 Jun, 2004 (Jumaat).

Penempatan pelajar ini adalah dari Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 dan Tahun 4 sahaja. 

Tinjauan dan bancian telah dibuat di beberapa buah sekolah yang berhampiran bagi penempatan pelajar ke Sekolah Kebangsaan Taman Tampoi Utama sebagaimana Lampiran 1.

TAMAN PERUMAHAN PELAJAR YANG BERHAMPIRAN DENGAN
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TAMPOI UTAMA

TAMAN TAMPOI UTAMA
TAMAN TAMPOI INDAH
PANGSAPURI VILLA ROSE
PANGSAPURI SRI KENARI
PANGSAPURI SRI WANGI
PANGSAPURI LILY JASMINE
RUMAH PANGSA SRI INDAH
RIVER RIA COND. VILLA BEACH

MAKLUMAT GURU / STAF SOKONGAN

1. Enrolmen pelajar.

DARJAH
BIL PELAJAR
BIL KELAS
1
81
2 buah
2
64
2 buah
3
58
2 buah
4
78
2 buah
JUMLAH
280
8 BUAH

2.      Bilangan guru yang ada ialah 8 buah kelas x 1.5  =  12  orang guru
3.      Staf sokongan yang ada ialah :     
         
JUMLAH KAKITANGAN BUKAN AKADEMIK (orang)


JAWATAN
1
PEMBANTU TADBIR N9
1
PRA R11
2
PENGAWAL KESELAMATAN

4.      Jumlah sebenar guru yang ada ialah

JUMLAH KAKITANGAN AKADEMIK (orang)

JAWATAN
1
GURU BESAR
1
GURU HEM
1
GURU MEDIA
1
GURU BIMBINGAN & KAUNSELING
1
GURU PEMULIHAN
12
8 BUAH KELAS X 1.5
17
JUMLAH
 
5. Guru mengikut opsyen ialah

Bil
Opsyen
Keperluan Guru
Guru terlatih yang ada
Guru kontrak
Guru KDC
Catatan
1
Pengajian Melayu
4 Orang




2
Pengajian Inggeris
5 Orang




3
Pengajian Matematik
2 Orang




4
Pengajian Sains
1 Orang




5
Pengajian Agama Islam
1 Orang




6
Pengajian Seni
* Orang




7
Pengajian Muzik
* Orang




8
Kajian Tempatan
* Orang




9
Kemahiran Hidup
* Orang




10
Pendidikan Jasmani
* Orang





JUMLAH
* Orang





Guru Besar
1 Orang





GPK 1
1 Orang





GPK HEM
1 Orang





GPK Koko
1 Orang





Guru Media
* Orang





Guru Pemulihan
* Orang





Guru Bimbingan
* Orang





JUMLAH
* Orang





·        Akan ditentukan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Johor Baru.
PERASMI PENGOPERASIAN
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TAMPOI UTAMA
JOHOR BAHRU, JOHOR


Sekolah Kebangsaan Taman Tampoi Utama telah dirasmikan oleh Encik Mohamed bin Mohd. Nasir, wakil Pengarah Pelajaran Johor pada 14 Jun 2004 (Isnin).









LAGU SEKOLAH 

Sekolah Tampoi Utama
Sekolah yang kucinta
Jadi tumpuan seluruh warga
Untuk mencapai cita

Tekun Tabah Usaha
Itulah amalan kita
Hormati guru ibubapa
Jadi insan mulia

Disini kami berjanji
Menyemai Ilmu yang murni
Menggapai wawasan suci
Untuk ibu pertiwi

Disini kami berdiri
Jasamu pahat dihati
Bersatu bangsa sejati